Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI.
a)Pangkalan tentera
British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India.Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis.
b)Pelabuhan Persinggahan
Pelabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air,makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton,China.Pelabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.
c)Pusat Pengumpulan Barang
SHTI memerlukan teh dari negara China.Teh mendapat pasaran yang baik di Eropah.Sebagai tukaran,negara China mahukan emas,perak,bijih timah dan lada hitam.Barang-barang ini boleh didapati di Kepulauan Melayu.Oleh itu,Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut.
Kedaulatan Kedah Tercabar
Pada kurun ke-16,Kuala Kedah telah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.Usaha mengekalkan kedaulatan Kedah bukanlah perkara yang mudah kerana pemimpinnya menghadapi tentangan dan cabaran dari dalam dan luar negeri.
Ancaman Bugis
Pada tahun 1770,Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.Pelantikan tersebut tdak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.Meraka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis.Pada tahun 1771,firma menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.Satu perjanjian telah ditandatangani tetapi sultan telah membatalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis.
Ancaman Siam
Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam.Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas,wang serta tenaga manusia.Sultan Kedah berasa terancam lalu meminta bantuan tentera daripada SHTI.Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang
SHTI bimbang kepentingan perdagangan mereka di Semenanjung Tanah Melayu terjejas akibat dasar monopoli Belanda.SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang.
Perjanjian Inggeris -Kedah 1786
Antara syarat perjanjian ialah:
- SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.
- SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.
- SHTI akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan.
Pada 11 Ogos 1786,upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan.Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Price of Wales Island dan petempatan mereka sebagai Georgetown sempena nama Raja England iaitu King George III.
SHTI Mungkir Janji
Pada tahun 1786,Siam menakluki Patani dan mengancam Kedah.Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan dari SHTI.Namun SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam perjanjian antara Sultan Abdullah dan Francis Light dan ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.Sultan mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji.Francis Light enggan meninggalkan Pulau Pinang dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh sultan.Sultan Abdullah berasa marah dengan tindakan Francis Light.Pada tahun 1791,sultan telah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang.Francis Light telah meminta bantuan tentera British untuk menyerang kubu sultan Kedah di Seberang Perai.Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.SHTI telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi.Sebagai ganjaran,SHTI akan membayar sebanyak 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepeda Sultan Abdullah.
1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai
SHTI memerlukan Seberang Perai sebagai benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dan untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang.SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.Baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada bulan Jun 1800.
Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
Antara syarat perjanjian ialah:
- Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai.
- SHTI akan membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Perjanjian Burney 1826
Antara syarat perjanjian ialah:
- British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.
- Sultan Kedah,Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinngal di Kedah,Pulau Pinang,Seberang Perai,Perak,Selangor dan Burma.
- British tidak akan membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.
- Britsh akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah,dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam.
- Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
1.1Pertapakan SHTI di Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment