Monday, November 1, 2010

1.6 PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT


1.Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,SHTI telam memiliki tiga petempatan di laluan
   perdagangan Selat Melaka,iaitu Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.

2.Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor,manakala Singapura dan Melaka ditadbir oleh
   Residen.

3.Pada tahun 1826,Pulau Pinang,Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu unit
   pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.

4.Tujuan penggabungan ini adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos
   pentadbiran.

5.Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor yang menerima arahannya
   daripada Gabenor Jeneral di India.

6.Gabenor Negeri-Negeri Selat dibantu oleh Residen Konsuler.

7.Ibu Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Pulau Pinang.

8.Pada tahun 1832,Singapura menggantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana
   kedudukannya yang lebih strategik.

9.Dasar dan undang-undang Negeri-Ngeri Selat ditentukan oleh Gabenor Jeneral British di
   India.

10.Dasar-dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk
     Negeri-Negeri Selat,kerana mereka merasakan Negeri-Negeri Selat seolah-olah tanah
     jajahan India.

11.Mereka membuat rayuan kepada kerajaan British supaya memindahkan pentadbiran
     Negeri-Negeri Selat ke London.

12.Pada 1 April 1867,Neger-Negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British dan
     diletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di London.

13.Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan Neger-Negeri Selat
     meluluskan undang-undang sendiri.

14.Faktor Faktor British memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari India ke london
     adalah seperti berikut:
     -SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan Negeri-Negeri Selat.
     -Negeri-Negeri Selat membantah cadangan untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas di
      Singapura.
     -Imigran Cina yang datang ke Negeri-Negeri Selat secara tidak terkawal menubuhkan
      kongsi gelap dan melakukan kekacauan.
     -Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menjadikan rupee India sebagai mata wang rasmi
      Negeri-Negeri Selat,menggantikan mata wang perak Sepanyol.Pengenalan akta ini
      menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan saudagar kerana nilai mata wang rupee
      India lebih rendah daripada nilai mata wang perak Sepanyol.
     -Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British yang menjadikan Negeri-Negeri
      Selat sebagai tempat buangan banduan.










No comments:

Post a Comment