Monday, November 1, 2010

2. 5 PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MENCABAR KEWIBAWAAN SULTAN

-         Pembentukan Persekutuan 1896 telah menyebabkan kuasa pentadbiran berpusat kepada Residen Jeneral.
-         Residen Jeneral juga berkuasa dalam soal kewangandan cukai eksport.
-         Beberapa jabatan kerajaan turut ditubuhkan oleh kerajaan pusat seperti Jabatan Kehakiman, Kewangan, dan Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.
-         Jabatan- jabatan ini diketuai oleh pegawai- pegawai British yang mengehadkan penglibatan orang Melayu dalam jabatan tersebut.
-         Sultan juga dikehendaki menurut segala nasita Residen Jeneral kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
-         Persidangan Raja- raja Melayu atau Durbar diwujudkan pada tahun 1897 untuk meredakan rasa tidak puas hati sultan di Negeri- negeri Melayu Bersekutu.
-         Anggota Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Raja- raja Melayu, Residen Jeneral dan Empat orang Residen.
-         Durbar berfungsi membincangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan adat
istiadat Melayu, agama Islam dan kebajikan orang- orang Melayu.

Durbar telah mengadakan dua kali persidangan:

Tahun
Peristiwa
Lokasi
Perkara yang dibincangkan
1897
Durbar Pertama
Kuala Kangsar
Hanya tertumpu kepada hal ehwal, adat, agama Islam, dan kebajikan orang Melayu.
1903
Durbar Kedua
Kuala Lumpur
Sultan Idris Shah telah mengkritik pemusatan kuasa oleh Residen jeneral dan mendesak agar kuasa raja- raja Melayu dikembalikan. Baginda juga mendesak agar ditambah pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta mendesak agar pegawai Melayu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi

-         Pada tahun 1909, Durbar dibatalkan dan digantikan dengan Majlis Mesyuarat 
Persekutuan.
      -     Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha dan kerajaan British.

-         Pembentukan Persekutuan 1896 telah menyebabkan kuasa pentadbiran berpusat kepada Residen Jeneral.
-         Residen Jeneral juga berkuasa dalam soal kewangandan cukai eksport.
-         Beberapa jabatan kerajaan turut ditubuhkan oleh kerajaan pusat seperti Jabatan Kehakiman, Kewangan, dan Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.
-         Jabatan- jabatan ini diketuai oleh pegawai- pegawai British yang mengehadkan penglibatan orang Melayu dalam jabatan tersebut.
-         Sultan juga dikehendaki menurut segala nasita Residen Jeneral kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
-         Persidangan Raja- raja Melayu atau Durbar diwujudkan pada tahun 1897 untuk meredakan rasa tidak puas hati sultan di Negeri- negeri Melayu Bersekutu.
-         Anggota Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Raja- raja Melayu, Residen Jeneral dan Empat orang Residen.
-         Durbar berfungsi membincangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan adat
istiadat Melayu, agama Islam dan kebajikan orang- orang Melayu.

Durbar telah mengadakan dua kali persidangan:

Tahun
Peristiwa
Lokasi
Perkara yang dibincangkan
1897
Durbar Pertama
Kuala Kangsar
Hanya tertumpu kepada hal ehwal, adat, agama Islam, dan kebajikan orang Melayu.
1903
Durbar Kedua
Kuala Lumpur
Sultan Idris Shah telah mengkritik pemusatan kuasa oleh Residen jeneral dan mendesak agar kuasa raja- raja Melayu dikembalikan. Baginda juga mendesak agar ditambah pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta mendesak agar pegawai Melayu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi

-         Pada tahun 1909, Durbar dibatalkan dan digantikan dengan Majlis Mesyuarat 
Persekutuan.
      -     Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha dan kerajaan British.

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.


Sistem Residen di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang:
-          tidak teratur
-          Residen tidak diberi panduan yang jelas untuk menjalankan tugas. Oleh itu, pentad biran di negeri – negeri ini tidak seragam kerana mempunyai undang – undang sendiri
Residen telah menjadi terlalu berkuasa dan Gabenor Negeri – Negeri Selat di Singapura tidak dapat mengawal mereka.
Kelemahan ini adalah faktor utama  negeri – negeri ini disatukan di bawah sebuah pentadbiran –    Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) / Persatuan 1896.
[ia terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral – Frank Swettenham]
FAKTOR LAIN BAGI PENUBUHAN NEGERI – NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
Perkongsian perkhidmatan pakar : Jimatkan bayaran perkhidmatan pakar
Faktor keselamatan : Kukuhkan kekuatan dan pertahanan tentera
Krisis kewangan Pahang
: Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
: Jika digabungkan dengan negeri kaya (spt: Perak) masalah diringankan
Sistem perhubungan : Jalan raya & landasan kereta api dapat dimajukan
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:
• Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
• Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral
• Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu
• Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British
• Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar


-          Menguasai pentadbiran :
Sistem Residen :  menyebabkan Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana Residen yang menjalankan semua urusan

-          Mencampuri adat :
Tindakan Residen menghampuskan amalan perhambaan : dianggap melampaui bidang kuasa mereka kerana bagi Sultan dan pembesar, ia merupakan adat turun – temurun masyarakat Melayu tradisional.

-          Memaksa menerima nasihat:
Nasihat Residen perlu dipatuhi dan dilaksanakan: ia merangkumi semua perkara pentadbiran kecuali agama islam dan adat istiadat Melayu.

-          Mengambil alih pungutan cukai:
diambil alih oleh Pegawai British ; Pegawai Majistret & Pegawai Hasil

Campur tangan British telah menyebabkan Sistem Residen di:           
J.W.W. Birch – PERAK          
J.G. Davidson – SELANGOR          
Martin Lister – NEGERI SEMBILAN          
J.P. Rodger – PAHANG


2.2: KEADAAN DI PERAK,SELANGOR,NEGERI SEMBILAN,DAN PAHANG MEMBERI PELUANG CAMPUR TANGAN BRITISH


KETIDAKSTABILAN DI PERAK
- Kekacauan berlaku di Perak kerana:
  - Pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San menyebabkan
    tercerusnya Perang Larut.
  - berlaku perebutan takhta dalam kalangan kerabat diraja kerana sistem
    pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya.
a. Masalah perebutan takhta
   - Raja Ismail iaitu Raja Bendahara telah dilantik sebagai sultan oleh pembesar2
     Perak selepas kemangkatan Sultan Ali.
   - Pelantikan ini ditentang hebat oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf
   - Raja Abdullah iaitu Raja Muda sepatutnya dilantik menjadi sultan mengikut
     sistem pewarisan takhta telah diketepikan kerana tidak menghadiri upacara
     pemakaman Sultan Ali di Sayong
   - Raja Yusuf juga diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar2 Perak
   - Raja Abdullah disokong oleh pembesar2 Perak seperti Dato` Maharajalela
     dan Dato` Sagor telah menentang kuat
   - Kuasa Raja Ismail hanya terbatas di Hulu Perak manakala Raja Abdullah
     pula berkuasa di Hilir Perak
   - Raja Abdullah telah bertindak meminta bantuan daripada British untuk mengiktiraf
      beliau sebagai sultan
   - Gabenor NNS iaitu Sir Andrew Clarke menganggap permintaan Raja Abdullah
     sebagai peluang untuk menguasai Perak
  - Beliau telah menjemput pembesar2 Melayu dan pemimpin2 kongsi gelap untuk
    berunding di Pulau Pangkor
  - Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat
  - Perjanjian Pangkor di atas kapal British,H.M.S Pluto diadakan pada tahun 1874
  - Melalui Perjanjian Pangkor,Sultan Abdullah dilantik sebagai Sultan Perak
    dan J.W.W Birch merupakan residen Britsh di Perak.

PERANG KLANG DI SELANGOR
 - Perang Klang tercetus kerana berlakunya perebutan daerah Klang di anatara Raja
   Abdullah dengan Raja Mahadi
 - Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.
   Penyerahan tersebut telah menimbulkan ketidakpuasan putera kepada Raja Sulaiman
   iaitu Raja Mahadi. Keadaan ini telah mencetuskan Perang Klang.
 - Tengku Kudin dilantik oleh Sultan Abdul Samad untuk menamatkan Perang Klang.
 - Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar Selangor kerana beliau bukan anak negeri
    Selangor. Oleh itu, beliau meminta bantuan British untuk menamatkan kekacauan
 - Perisiwa lain yang menyebabkan British campur tangan di Selangor ialah:
    a. sebuah kapal dagang British dirompak berhampiran dengan Kuala Langat
    b. rumah api binaan British di Tanjong Rachado telah diserang
- Kesan campur tangan Britiah telah mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen
   British di Selangor. J.G.Davidson dilantik sebagai residen yang pertama di
   Selangor manakala penolongnya ialah Frank Swettenham

PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG, NEGERI SEMBILAN
 - Dato` Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato` Bandar Kulop Tunggal bersengketa
   untuk menegakkan kekuasaannya di Sungai Ujong
 - Daerah Sungai Ujong menjadi rebutan kerana:
    a. kaya dengan bijih timah
    b. Sungai Linggi dalam daerah Sungai Ujong merupakan jalan utama
        ke pelabuhan Melaka
    c. pendapatan yang lumayan kerana cukai dipungut ke atas pedagang
        yang melalui sungai ini
 - Dato` Kelana meminta bantuan British bagi mengukuhkan kedudukannnya
 - Melalui perjanjian yang dibuat dengan British, Dato` Kelana dilantik sebagai pemerintah
   di Sungai Ujong
-  Dato` Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut. Beliau menentang tindakan
   British memungut cukai di Sungai Linggi
-  British member bantuan kepada Dato` Kelana untuk menewaskan Dato` Bandar
-  Dato` Bandar kemudian telah dibuang negeri ke Singapura
-  Seterusnya, British menguasai Rembau,Jelebu dan Seri Menanti dengan cara
   menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil
- Semua daerah disatukan untuk membentuk Negeri Sembilan
- British telah menempatkan P.J. Murray sebagai Residen British yang pertama di
  Sungai Ujong dan Martin Lister sebagai Residen British yang pertama di Negeri Sembilan

BRITISH BIMBANG PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG
- Pahang merupakan negeri terakhir menerima Residen British
- British ingin menguasai Pahang kerana bimbang pertapakan kuasa Eropah yang lain
- Sultan Ahmad berusaha mengelakkan Pahang dijajah oleh British. Beliau mencontohu
   tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk membangunkan Pahang
- Beliau membawa masuk pelabur-pelabur asing untuk memajukan Pahang
- Tindakan ini menjejaskan kepentingan British dan tidak disenangi oleh British.
- British telah menghantar Frank Swettenham dan Frederick Weld ke Pahang untuk
  memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal
- British telah meminta bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk
  Sultan Ahmad
- Hugh Clifford telah dilantik sebagai wakil British di Pahang tetapi British tidak puas hati
  dengan pelantikan ini kerana British mempunyai kuasa yang terhad
- Peluang campur tangan terbuka luas kepada British apabila berlakunya kes pembunuhan
   Goh Hui, seorang warganegara British yang berbangsa Cina.
- Peristiwa ini telah digunakan oleh British untuk mendesak Sultan
  Ahmad menerima seorang Residen British di Pahang.
- Akhirnya, J.P. Rodger telah dilantik sebagai Residen British yang pertama di Pahang

2.1: DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

 1.  Dasar campur tangan British ialah penglibatan penglibatan British secara langsung 
      dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
2.  Sebelum tahun 1874, British telah menduduki Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka.
     Negeri-Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826.
3.  Negeri-negeri Selat telah menjalin hubungan perdagangan yang aktif dengan Negeri-
     negeri Melayu.
4.   Peranan NNS:
      a. Pelabuhan entrepot
      b. Pelaburan modal
5.  Faktor-faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu:
     a. Kekayaan hasil bumi
     b. Revolusi perindustrian
     c. Terusan Suez dan kapal wap
     d. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
     e. Pertukaran kerajaan
     f. Desakan pedagang

    a. Kekayaan hasil bumi
       - Negeri-negeri Melayu kaya dengan hasil galian seperti bijih timah, bijih besi dan
         arang batu
        Bijih timah      
         - Daerah Larut dan Daerah Kinta (Perak)
         - Lukut,Kuala Lumpur,Ampang dan Petaling Jaya ( Selangor)
         - Derah Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
         - Sungai Lembing dan Sungai Pahang (Pahang)\
         Emas         
         - Ulu Tembeling ( Pahang)
    b. Revolusi Perindustrian
       - Menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin
         makanan dan tempat untuk memasarkan hasil keluran kilang mereka.
   c.  Terusan Suez dan kapal wap
       - Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan perjalanan dari England ke
         Tanah Melayu manakala penggunaan kapal wap dapat mempercepat masa
         perjalanan dan membawa mutan yang lebih banyak
   d. Bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. Belanda  telah
       meluaskan pengaruhnya ke Hindia Timur(Indonesia), Perancis di IndoChina dan
       Sepanyol di Filipina.
   e. Pertukaran kerajaan
     -Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada
      Parti Liberal
  f. Desakan pedagang
   - Pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan pergaduhan antara kongsi gelap telah
     menyebabkan para pedagang mendesak kerajaan British untuk campur tangan dan
     melindungi kepentingan pelaburan mereka.
   - Seramai 243 orang pedagang NNS telah mengutus surat kepada Lord Kimberly untuk
     mendesak kerajaan British supaya campur tangan

 1.  Dasar campur tangan British ialah penglibatan penglibatan British secara langsung 
      dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
2.  Sebelum tahun 1874, British telah menduduki Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka.
     Negeri-Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826.
3.  Negeri-negeri Selat telah menjalin hubungan perdagangan yang aktif dengan Negeri-
     negeri Melayu.
4.   Peranan NNS:
      a. Pelabuhan entrepot
      b. Pelaburan modal
5.  Faktor-faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu:
     a. Kekayaan hasil bumi
     b. Revolusi perindustrian
     c. Terusan Suez dan kapal wap
     d. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
     e. Pertukaran kerajaan
     f. Desakan pedagang

    a. Kekayaan hasil bumi
       - Negeri-negeri Melayu kaya dengan hasil galian seperti bijih timah, bijih besi dan
         arang batu
        Bijih timah      
         - Daerah Larut dan Daerah Kinta (Perak)
         - Lukut,Kuala Lumpur,Ampang dan Petaling Jaya ( Selangor)
         - Derah Sungai Ujong (Negeri Sembilan)
         - Sungai Lembing dan Sungai Pahang (Pahang)\
         Emas         
         - Ulu Tembeling ( Pahang)
    b. Revolusi Perindustrian
       - Menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin
         makanan dan tempat untuk memasarkan hasil keluran kilang mereka.
   c.  Terusan Suez dan kapal wap
       - Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan perjalanan dari England ke
         Tanah Melayu manakala penggunaan kapal wap dapat mempercepat masa
         perjalanan dan membawa mutan yang lebih banyak
   d. Bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. Belanda  telah
       meluaskan pengaruhnya ke Hindia Timur(Indonesia), Perancis di IndoChina dan
       Sepanyol di Filipina.
   e. Pertukaran kerajaan
     -Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada
      Parti Liberal
  f. Desakan pedagang
   - Pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan pergaduhan antara kongsi gelap telah
     menyebabkan para pedagang mendesak kerajaan British untuk campur tangan dan
     melindungi kepentingan pelaburan mereka.
   - Seramai 243 orang pedagang NNS telah mengutus surat kepada Lord Kimberly untuk
     mendesak kerajaan British supaya campur tangan

1.6 PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT


1.Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,SHTI telam memiliki tiga petempatan di laluan
   perdagangan Selat Melaka,iaitu Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.

2.Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor,manakala Singapura dan Melaka ditadbir oleh
   Residen.

3.Pada tahun 1826,Pulau Pinang,Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu unit
   pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.

4.Tujuan penggabungan ini adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos
   pentadbiran.

5.Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor yang menerima arahannya
   daripada Gabenor Jeneral di India.

6.Gabenor Negeri-Negeri Selat dibantu oleh Residen Konsuler.

7.Ibu Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Pulau Pinang.

8.Pada tahun 1832,Singapura menggantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana
   kedudukannya yang lebih strategik.

9.Dasar dan undang-undang Negeri-Ngeri Selat ditentukan oleh Gabenor Jeneral British di
   India.

10.Dasar-dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk
     Negeri-Negeri Selat,kerana mereka merasakan Negeri-Negeri Selat seolah-olah tanah
     jajahan India.

11.Mereka membuat rayuan kepada kerajaan British supaya memindahkan pentadbiran
     Negeri-Negeri Selat ke London.

12.Pada 1 April 1867,Neger-Negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British dan
     diletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di London.

13.Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan Neger-Negeri Selat
     meluluskan undang-undang sendiri.

14.Faktor Faktor British memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari India ke london
     adalah seperti berikut:
     -SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan Negeri-Negeri Selat.
     -Negeri-Negeri Selat membantah cadangan untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas di
      Singapura.
     -Imigran Cina yang datang ke Negeri-Negeri Selat secara tidak terkawal menubuhkan
      kongsi gelap dan melakukan kekacauan.
     -Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menjadikan rupee India sebagai mata wang rasmi
      Negeri-Negeri Selat,menggantikan mata wang perak Sepanyol.Pengenalan akta ini
      menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan saudagar kerana nilai mata wang rupee
      India lebih rendah daripada nilai mata wang perak Sepanyol.
     -Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British yang menjadikan Negeri-Negeri
      Selat sebagai tempat buangan banduan.










1.5 PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU


1.Langkah Raffles membuka petempatan di Singapura dipertikaikan oleh Belanda.

2.Belanda mendakwa Singapura terletak di bawah lingkungan pengaruhnya.

3.Belanda juga bimbang perkembangan Singapura sebagai pelabuhan perdagangan akan
   menjejaskan perdagangan di Betawi.

4.Pertikaian ini mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda kerana British enggan
   menyerahkan Singapura kepada Belanda.

5.British yakin bahawa Singapura berpotensi untuk memenuhi keperluan sebagai pangkalan
   tentera British di Gugusan Kepulauan Melayu.

6.British juga yakin Singapura berpotensi untuk berkembang menjadi pelabuhan bebas.

7.Ketegangan ini diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga  dikenali
   sebagai Persetiaan London.

SYARAT-SYARAT PERJANJIAN PERSETIAAN LONDON(PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA)1824
>Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
>Belanda bersetuju tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.
>British bersetuju menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda,sementara Belanda bersetuju
  menyerahkan Melaka kepada British.
>British berjanji tidak akan membuka petempatan baru di selatan Singapura.

8.Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membawakan beberapa kesan.Antaranya termasuklah:
   -Akibat daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua
    kawasan pengaruh,iaitu:
    (i)Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British.
    (ii)Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda.
   -Keadaan ini membolehkan British meluaskan pengaruhnya ke Semenanjung Tanah Melayu
    tanpa sekatan daripada Belanda.
   -Akibat daripada perjanjian ini juga,British memiliki satu lagi petempatan di Semenanjung
    Tanah Melayu.
   -Penyerahan Melaka kepada British membolehkan British menguasai laluan perdagangan di
    Selat Melaka.
   -Akibat daripada pembahagian lingkungan kawasan pengaruh British  dan Belanda,kerajaan
    Johor berpecah kepada dua,iaitu Johor dan Singapura di bawah lingkungan pengaruh
    British,manakala Kepulauan Riau dan Lingga di bawah lingkungan pengaruh Belanda.